KIMIA - TEORI KINETIK JIRIM

Aktiviti Membuat ‘Aiskrim Goyang’🍦😋



    



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Hari ini mari kita buat aiskrim sendiri. Tak sampai setengah jam pun dah boleh terus makan!

Wahh,, macam mana tu?

Kebiasaannya, aiskrim dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Aktiviti kali ini menunjukkan aiskrim boleh disediakan & dibekukan dalam masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk. Caranya adalah dengan menyejukkannya di antara ketulan ais yang direndahkan takat bekunya.
                                            
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 2 kotak susu segar (perisa terpulang pada individu)
2. ¼ tin susu pekat manis (nak guna gula pun boleh)
3. Plastik aiskrim
4. Ais secukupnya 
5. Garam kasar

Cara-caranya:
1. Campurkan susu segar dan susu pekat.
2. Masukkan campuran aiskrim ke dalam beg plastik berzip kecil.
3. Letakkan ais dalam beg plastik berzip besar.
4. Taburkan garam kasar ke dalam ais (untuk merendahkan takat beku)
5. Masukkan aiskrim ke dalam besen / tong ais, kemudian tutup
6. Goyangkan besen / tong ais sehingga aiskrim beku (Aiskrim yang sedap telah disediakan)



For better understanding, do watch this video!




Tips:
  •          Jika ais mula mencair, keluarkan air tersebut.
  •          Saiz aiskrim yang lebih kecil menjadikannya lebih cepat membeku
  •          Tekstur aiskrim ini adalah lembut (kerana menggunakan susu). Jadi, ia tidak akan mengeras seperti ais batu. (Janganlah harap sangat)


Konsep:



           Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, jirim terdiri daripada 3 keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas. Air tulen akan membeku pada takat bekunya, iaitu 0°C. Kehadiran bendasing (garam) akan merendahkan takat beku ais, iaitu antara -1 °C sehingga -6 °C. Jadi, pada suhu  0°C, ais akan mencair kerana ia belum mencapai takat bekunya. Semasa proses peleburan ini, ais / air menyerap haba daripada persekitaran (dalam kes ini, aiskrim kita). Aiskrim yang kehilangan tenaga haba pula akan membeku. Suhu ais yang mencair ini adalah lebih rendah daripada suhu ais biasa. Suhu ais yang lebih rendah akan dapat membekukan cecair lain (aiskrim) dengan lebih mudah

Aktiviti ini sesuai digunakan untuk topik-topik berikut:

        I.            Kimia ting. 4, Bab 2 (Jirim di Sekeliling Kita), Subtopik 2.1: Menganalisis Jirim
      II.            Sains ting. 1, Bab 7 (Haba), Subtopik 7.3: Menganalisis kesan haba ke atas jirim.
    III.            Sains ting. 2, Bab 5 (Air dan Larutan), Subtopik 5.1: Menganalisa ciri fizikal air
    IV.            Sains Tahun 5, tajuk Keadaan Bahan

Se




Comments

  1. Koel Casino: Online Slots & Live Casino Game Online leovegas leovegas 1XBET 1XBET bet365 bet365 메리트카지노 메리트카지노 10bet 10bet 19 검증 넷마블 | Thauberbet.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KIMIA - PENGHABLURAN SEMULA