KIMIA - PENGHABLURAN SEMULA







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Baiklah, hari ini kita akan menghasilkan kristal sendiri daripada serbuk sahaja. Pasti anda semua tertanya-tanya bagaimana caranya. Hehehe, kami juga tidak sabar untuk berkongsi dengan kalian. :)

Pertama sekali, sudah tentu kita perlu tahu bahan-bahan yang perlu digunakan. Iyalah, sebelum bina rumah perlulah ada bahan-bahannya bukan?

Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak, tetapi adalah lebih sesuai untuk kita menjalankan aktiviti ini di makmal sains. Ini kerana makmal sains pasti mempunyai kesemua radas yang diperlukan. Antara yang kita perlukan ialah :-

l  Serbuk kuprum(ll) sulfat
l  Air suling
l  Bikar
l  Rod kaca
l  Penunu Bunsen
l  Corong turas
l  Kasa dawai
l  Tungku kaki tiga
l  Kaki retort

  Haaa, mudah sahaja kan?

Pertamanya, masukkan serbuk kuprum(ll) sulfat ke dalam bikar. “Banyak mana nak masuk ni, kak?”
Haaa, yang itu terpulang pada diri masing-masing. Tetapi sebenarnya, makin banyak bahan larut yang kita guna (dalam kes ini- kuprum(ll) sulfat), makin banyak kristal yang akan terhasil. Jadi kalau rasa nak hasilkan banyak kristal, letaklah banyak-banyak sikit serbuk tu hehe.



Kedua, masukkan air suling ke dalam bikar. Air tu, letaklah cukup-cukup untuk melarutkan serbuk kuprum itu nanti. Selepas itu, sediakan radas untuk penunu Bunsen dan panaskan bikar tersebut sehingga larutan menjadi tepu.

Jangan lupa ya anak-anak, sambil-sambil tu kacaukan larutan tersebut menggunakan rod kaca :)

Sementara itu, sediakan corong turas dan mangkuk penyejat untuk menuraskan larutan nanti. Kertas turas tersebut perlu dibasahkan dengan air suling sebelum larutan dituras nanti. Langkah ini penting bagi mengelakkan kertas tersebut terkoyak, menyebabkan bendasing mungkin terturas sekali ke dalam mangkuk penyejat.


Apabila larutan telah tepu, di mana isipadunya telah berkurang daripada yang asal tadi, terus turaskan larutan tersebut menggunakan corong turas tadi. Larutan tersebut perlu dituraskan ketika ia masih panas supaya ia tidak menghablur terlebih dahulu sebelum sempat mengasingkan bendasing di dalamnya.





Selepas itu, tunggu sahaja larutan dalam mangkuk penyejat tadi sejuk. Setelah itu, anda akan dapati butir-butir kristal halus terbentuk dalam mangkuk tersebut.



Tadaa! Inilah hasil kristal yang terbentuk!

Ada apa di sebalik proses penghabluran semula? TEORI:)

Penghabluran semula merupakan salah satu proses penulenan. Ini bermakna, kita boleh menulenkan sesuatu sebatian garam yang bercampur bagi mendapatkan unsur yang asal. Dalam eksperimen ini, garam kuprum(II) sulfat telah ditulenkan melalui proses penghabluran.

Proses penghabluran semula boleh dilakukan berulang kali sehingga garam yang benar-benar tulen diperoleh.

Aktiviti ini sesuai digunakan untuk topik-topik berikut:-

- Kimia Tingkatan 4 Bab 8 (Garam) 8.4 

Silakan jawab soalan kuiz ini bagi meningkatkan pemahaman anda!
http://www.quizyourfriends.com/take-quiz.php?id=1709111107334416&lnk&

Comments

  1. Salam sis, kenapa larutan itu perlu dituraskan selepas ia dipanaskan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. larutan tersebut perlu dituraskan untuk mengasingkan bendasing dalam garam tersebut. Dengan cara ini, larutan yang terturas tidak akan mengandungi bendasing. Maka, jadilah ia larutan garam yang tulen!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KIMIA - TEORI KINETIK JIRIM