Posts

KIMIA - PENGHABLURAN SEMULA

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Baiklah, hari ini kita akan menghasilkan kristal sendiri daripada serbuk sahaja. Pasti anda semua tertanya-tanya bagaimana caranya. Hehehe, kami juga tidak sabar untuk berkongsi dengan kalian. :) Pertama sekali, sudah tentu kita perlu tahu bahan-bahan yang perlu digunakan. Iyalah, sebelum bina rumah perlulah ada bahan-bahannya bukan? Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak, tetapi adalah lebih sesuai untuk kita menjalankan aktiviti ini di makmal sains. Ini kerana makmal sains pasti mempunyai kesemua radas yang diperlukan. Antara yang kita perlukan ialah :- l   Serbuk kuprum(ll) sulfat l   Air suling l   Bikar l   Rod kaca l   Penunu Bunsen l   Corong turas l   Kasa dawai l   Tungku kaki tiga l   Kaki retort   Haaa, mudah sahaja kan? Pertamanya, masukkan serbuk kuprum(ll) sulfat ke dalam bikar. “Banyak mana nak masuk ni, kak?” Haaa, yang itu terpulang pada diri masing-masing. Tetapi seben

KIMIA - TEORI KINETIK JIRIM

Image
Aktiviti Membuat ‘Aiskrim Goyang’ 🍦😋      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Hari ini mari kita buat aiskrim sendiri. Tak sampai setengah jam pun dah boleh terus makan! Wahh,, macam mana tu? Kebiasaannya, aiskrim dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Aktiviti kali ini menunjukkan aiskrim boleh disediakan & dibekukan dalam masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk. Caranya adalah dengan menyejukkannya di antara ketulan ais yang direndahkan takat bekunya.                                              Bahan-bahan yang diperlukan: 1. 2 kotak susu segar (perisa terpulang pada individu) 2. ¼ tin susu pekat manis (nak guna gula pun boleh) 3. Plastik aiskrim 4. Ais secukupnya  5. Garam kasar Cara-caranya: 1. Campurkan susu segar dan susu pekat. 2. Masukkan campuran aiskrim ke dalam beg plastik berzip kecil. 3. Letakkan ais dalam beg plastik berzip besar. 4. Taburkan garam kasar ke dalam ais (untuk mer